PENGACARA MAJLIS ANDA

PENGACARA MAJLIS ANDA

Monday, 16 December 2013

SPORT RIM JLL KACUK SPARCO ORIGINAL / SPARCO WHEEL FOR SALE


ORIGINAL JLL SPARCO TECHNOLOGIES

ASAL : TOYOTA CAMRY 2.0 LAMA.
ONE OWNER
15' INCI
5 LUBANG ( SESUAI UNTUK KERETA YG PAKAI 5 LUBANG)
KONDISI SANGAT BAIK DAN TIDAK MENGALAMI APA-APA KEROSAKAN.DIJAMIN.

HARGA RM400.00.
HARGA BOLEH BINCANG LAGI, TAK ADA MASALAH. CIKGU AKAN BAGI HARGA YG TERBAIK UNTUK ANDA.

BERMINAT?? CALL/SMS :
017 - 634 3463 / 016 - 682 0807
CIKGU KHIR

Sunday, 15 December 2013

MAJLIS RESEPSI HAFIZI BIN BERHAN DAN JUGA NURUL SYAZWANI BT SULAIMAN

OK HARI NI DJ PENAT SANGAT DENGAN TUGAS YANG TELAH DIJALANKAN.
BAIK, DI BAWAH INI PENERANGAN MENGENAI MAJLIS YANG TELAH BERLANGSUNG PADA HARI INI.

NAMA PASANGAN : HAFIZI DAN WANI
LOKASI MAJLIS : KAMPUNG PENGKALAN, ALOR GAJAH MELAKA.
TARIKH : 12 SAFAR 1435H BERSAMAAN 15 DISEMBER 2013.
HARI : AHAD
BERSANDING : PUKUL 1.30 TNGAH HARI
TEMA : BIRU TURCOISH + PUTIH MUTIARA.
PERSEMBAHAN ISTIMEWA : SENI SILAT CEKAK NEGERI MELAKA DAN MARHABAN OLEH ADIK CILIK.

BINGKISAN JIWA FOTOGRAFI PERKAHWINAN.




WAH...SEMPAT LAGI SNAP BUNTING PROMOSI.. BERMINAT? CALL/SMS SEGERA!!!


inilah dia gambar pengantin...
HAFIZI (V) WANI  


DJ WAK PON TURUT SAMA MENYUMBANG SUARA!



APABILA ORANG LAMA BERSUARA..

Malaysia hockey team sets new world record, whacks Cambodia 36-0

The national women's hockey team inked their names in the history books after annihilating Cambodia 36-0 in the on-going Myanmar SEA Games.

The score is a world record in the sport.

In 2003, Argentina humiliated Peru 26-0 in the South American Champioship.




MALAYSIAN TEAM. CONGURATULATION!!


HOKI MALAYSIA CIPTA REKOD DUNIA DENGAN MEMBENAM KEMBOJA 36-0.

YANGON: Kejayaan skuad hoki wanita mencipta rekod dunia dengan menghasilkan 36 gol ketika menentang Kemboja pada perlawanan kedua pusingan awal semalam memberikan suntikan semangat untuk mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA ke-27, Myanmar. 

Kapten pasukan Nadia Abdul Rahman berkata kejayaan skuad kebangsaan itu  adalah hasil kerjasama sepasukan yang tidak pernah mengambil mudah dalam setiap perlawanan dan mahu pasukannya tetap fokus mencari mata kemenangan pada saingan seterusnya nanti. 


"Memang satu kejayaan buat pasukan, dulu kami pernah dibelasah 18-0 dengan 
Australia, kekalahan itu memberi pengajaran kepada kami untuk beraksi dengan 
lebih baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu pemain hoki wanita kebangsaan Noor Hasliza Md Ali yang 
menjaringkan tujuh gol pada perlawanan semalam berkata beliau berazam untuk menghasilkan lebih banyak gol pada perlawanan ketiga menentang Singapura esok. 

"Saya terkejut juga dapat menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan, 
memang sangat bangga skuad negara dapat menandingi rekod dunia dengan 36 gol. 

"Semestinya, dalam setiap perlawanan kita mahu menjaringkan banyak gol, jadi 
saya akan cuba untuk mencari peluang meraih lebih banyak gol pada perlawanan 
seterusnya nanti" katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Semalam skuad kebangsaan melakar kejayaan dengan mencipta rekod dunia
apabila menghasilkan jaringan gol sebanyak 36-0 ketika menewaskan Kemboja pada 
perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Theinphyu, Yangon. 

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila 
menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, 
pada 23 Mac 2003. 

Kemudian Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0. 

Selaku juara bertahan, Malaysia akan menentang Singapura esok, kemudian 
Thailand pada hari berikutnya dan melengkapkan jadual pusingan awal dengan 
bertemu Indonesia, Khamis ini. - BERNAMA 


NUTP mahu bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah

HA.....INI MEMANG BAGUS...GURU KAUNSELING MEMANG PATUT DITAMBAH MEMANDANGKAN SUASANA SOSIAL SERTA MORAL MURID2 DAN PELAJAR SEKOLAH SEMAKIN HARI SEMAKIN MEROSOT. SAYA JUGA MERUPAKAN SEORANG GURU YANG MENGAJAR DI SEKOLAH RENDAH AMAT MEMAHAMI SITUASI SEBEGINI. OK KITA TENGOK LAPORAN YANG SELANJUTNYA.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menjalankan ujian kesihatan mental di kalangan pelajar di samping berharap bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah. 

Presidennya, Hashim Adnan berkata seiring dengan langkah itu, Kementerian Pelajaran perlu mengisi keperluan guru kaunselor di sekolah-sekolah supaya ia selari dengan usaha membantu para pelajar yang bermasalah. 


Pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai, dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja, katanya kepada Bernama. 



"Nisbah yang kecil ini dapat membantu guru untuk lebih fokus menjalankan tugasan dalam membantu pelajar menangani tekanan mental dan emosi," katanya. 

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam semalam bahawa kementerian itu akan menjalankan ujian kesihatan mental bagi pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat mulai tahun depan. 

Subramaniam dilaporkan sebagai berkata setakat Disember 2012, daripada 19,919 pelajar dari 357 buah sekolah yang disaring dalam Program Minda Sihat seluruh negara, 7.45 peratus menghadapi kemurungan manakala 7.59 peratus menghadapi tekanan. 

Sebelum menjalankan kajian itu, Hashim berkata Kementerian Kesihatan perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada ibu bapa, pelajar dan guru sebelum ia diwajibkan kepada semua pelajar. 
"Bagaimanapun ini adalah satu langkah baik kerana ia dapat mengenal pasti pelajar yang berisiko mempunyai masalah kerana bukan semua pelajar terbuka untuk menceritakan masalah yang dihadapi kepada guru kaunselor di sekolah masing-masing," katanya. - BERNAMA 

Kadar tol dijangka naik tahun depan - YEAY!! KEPALA BAPAK DIE!!

Kuala Lumpur: Kenaikan kadar tol dijangka berlaku tahun depan, selaras dengan kandungan perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata perjanjian itu antara lain mewajibkan kerajaan menyemak semula kadar tol untuk dinaikkan pada 2011. 


Kerajaan bagaimanapun katanya, mengambil inisiatif dengan membayar pampasan RM400 juta bagi mengekalkan kadar sedia ada itu, sejak dua tahun lalu. 


“Sudah tiba masanya untuk kadar itu disemak semula dan ada kemungkinan ia dinaikkan. 

Ia sebahagian butiran yang terkandung dalam perjanjian itu,” katanya selepas merasmikan Pertandingan Melukis dan Mewarna sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Secara sistematik

Mengulas lanjut Abdul Wahid berkata, kenaikan itu jika berlaku tahun depan, akan dilaksanakan secara sistematik bagi mengelak pengguna jalan raya terbeban dengan keadaan itu. 
“Kenaikan pada tahun depan dapat mengelakkan daripada ia dilaksana secara mendadak. Kita juga mahu bersikap lebih adil kerana wang pampasan yang dibayar sebelum ini diambil daripada kutipan cukai rakyat. Sudah tentu tidak adil jika rakyat yang tidak menggunakan laluan bertol perlu sama membayar untuk pampasan itu,” katanya.

Kenaikan kadar tol menjadi perhatian apabila Menteri Kerjaraya, Datuk Fadillah Yusof mengumumkan semakan semula kadar tol dilaksanakan tahun depan dengan mengambil kira kandungan perjanjian dimeterai sebelum ini.