Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata perjanjian itu antara lain mewajibkan kerajaan menyemak semula kadar tol untuk dinaikkan pada 2011.
Kerajaan bagaimanapun katanya, mengambil inisiatif dengan membayar pampasan RM400 juta bagi mengekalkan kadar sedia ada itu, sejak dua tahun lalu.
“Sudah tiba masanya untuk kadar itu disemak semula dan ada kemungkinan ia dinaikkan.
Ia sebahagian butiran yang terkandung dalam perjanjian itu,” katanya selepas merasmikan Pertandingan Melukis dan Mewarna sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bangunan Parlimen di sini, semalam.
Secara sistematik
Mengulas lanjut Abdul Wahid berkata, kenaikan itu jika berlaku tahun depan, akan dilaksanakan secara sistematik bagi mengelak pengguna jalan raya terbeban dengan keadaan itu.
“Kenaikan pada tahun depan dapat mengelakkan daripada ia dilaksana secara mendadak. Kita juga mahu bersikap lebih adil kerana wang pampasan yang dibayar sebelum ini diambil daripada kutipan cukai rakyat. Sudah tentu tidak adil jika rakyat yang tidak menggunakan laluan bertol perlu sama membayar untuk pampasan itu,” katanya.
Kenaikan kadar tol menjadi perhatian apabila Menteri Kerjaraya, Datuk Fadillah Yusof mengumumkan semakan semula kadar tol dilaksanakan tahun depan dengan mengambil kira kandungan perjanjian dimeterai sebelum ini.
No comments:
Post a Comment