PENGACARA MAJLIS ANDA

PENGACARA MAJLIS ANDA

Sunday, 15 December 2013

HOKI MALAYSIA CIPTA REKOD DUNIA DENGAN MEMBENAM KEMBOJA 36-0.

YANGON: Kejayaan skuad hoki wanita mencipta rekod dunia dengan menghasilkan 36 gol ketika menentang Kemboja pada perlawanan kedua pusingan awal semalam memberikan suntikan semangat untuk mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA ke-27, Myanmar. 

Kapten pasukan Nadia Abdul Rahman berkata kejayaan skuad kebangsaan itu  adalah hasil kerjasama sepasukan yang tidak pernah mengambil mudah dalam setiap perlawanan dan mahu pasukannya tetap fokus mencari mata kemenangan pada saingan seterusnya nanti. 


"Memang satu kejayaan buat pasukan, dulu kami pernah dibelasah 18-0 dengan 
Australia, kekalahan itu memberi pengajaran kepada kami untuk beraksi dengan 
lebih baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu pemain hoki wanita kebangsaan Noor Hasliza Md Ali yang 
menjaringkan tujuh gol pada perlawanan semalam berkata beliau berazam untuk menghasilkan lebih banyak gol pada perlawanan ketiga menentang Singapura esok. 

"Saya terkejut juga dapat menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan, 
memang sangat bangga skuad negara dapat menandingi rekod dunia dengan 36 gol. 

"Semestinya, dalam setiap perlawanan kita mahu menjaringkan banyak gol, jadi 
saya akan cuba untuk mencari peluang meraih lebih banyak gol pada perlawanan 
seterusnya nanti" katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Semalam skuad kebangsaan melakar kejayaan dengan mencipta rekod dunia
apabila menghasilkan jaringan gol sebanyak 36-0 ketika menewaskan Kemboja pada 
perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Theinphyu, Yangon. 

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila 
menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, 
pada 23 Mac 2003. 

Kemudian Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0. 

Selaku juara bertahan, Malaysia akan menentang Singapura esok, kemudian 
Thailand pada hari berikutnya dan melengkapkan jadual pusingan awal dengan 
bertemu Indonesia, Khamis ini. - BERNAMA 


No comments: