PENGACARA MAJLIS ANDA

PENGACARA MAJLIS ANDA

Thursday, 12 December 2013

KEPUTUSAN PMR 2013

KHUSUS UNTUK PELAJAR PMR SESI 2013 :

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama. 
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu. 

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama

HARAP2NYA ADIK DAPAT KEPUTUSAN MACAM DALAM GAMBAR NI LAH YE...HEHEEHE

KOS SARA HIDUP TAHUN 2014 DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT - RAKYAT TERTINDAS

       Satu BENCANA besar yang akan melanda Malaysia, iaitu rakyat golongan sedehana dan bawahan seperti kita semua terutama sekali golongan muda yakni golongan yang baru sahaja mahu memulakan kehidupan akan dihimpit keperitan. Tumpuan utama semestinya diberikan kepada insan-insan yang berada di kawasan bandar. Seperti pada kebiasaannya yang kita sentiasa ketahui, hampir keseluruhan golongan muda yang berhijrah ke bandar adalah semata-mata untuk meningkatkan taraf ekonomi mahupun sosialisasi.  

Proses perubahan ini seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur aturan dan caturan politik tanah air. Apakah ini semua dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat? ataupun sampai bila lagi rakyat yang terdiri daripada golongan bawahan/sederhana menanggung semua perbelanjaan besar yang digunapakai oleh orang-orang atasan? 

Jika kita lihat dan kaji status pendapatan terkini gaji kebanyakan menteri / ADUN di Malaysia, tidak kiralah sama ada yang kerajaan mahupun pembangkang, mereka ini dilihat lebih mewah daripada yang sepatutnya. Apa tidaknya, kenaikan gaji mereka berkali-kali ganda. Ini sangat berbeza apabila dibandingkan dengan orang-orang biasa seperti kita ini. Yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin dan dimiskinkan. Adakah ini semua munasabah bagi kita semua? 

Laporan Bank Dunia pula menyatakan bahawa hutang negara hampir mencapai 500 bilion ringgit ataupun setengah trilion. Wah...ini bunyinya seperti melampau kan.... dari mana datangnya wang BR1M tersebut ye? Seperti kata Tun mahathir, BR1M sepatutnya tidak diteruskan oleh sebab takut-takut rakyat akan minta dan minta lagi. Dananya bukan sama, tetapi makin lama makin dinaikkan. Betullah kata pepatah, dah beri betis tapi nak paha pula. Yang peliknya, bukan semua golongan rakyat yang dapat, hanya yang tertentu sahaja. Mungkin golongan gaji di bawah RM3000 yang bekerja di luar bandar itu mencukupi, tetapi bagi yang bekerja di bandar bagaimana pula??Jadi selepas pemberian wang tersebut diagihkan, bagaimana pula kerajaan hendak mendapatkan semula wang tersebut untuk menjadi 'cover' wang yang dah dibelanjakan? Jadi, secara automatiklah ini akan berkait dengan kenaikkan harga-harga barang. Sama ada anda bersetuju ataupun tidak, itu terpulanglah kepada anda.




Laporan Audit Negara menunjukkan betapa teruknya pengurusan dari segi ekonomi di serata negeri tanah air. Ada menteri yang pada awalnya mengaku membayar wang penajaan kumpulan dari sebuah negara timur Asia yang didapati daripada sesebuah pihak/organisasi dan bukannya menggunakan wang kerajaan. Tetapi pada akhirnya, selepas audit dijalankan selepas Pilihan Raya ke-13, menteri yang baharu dilantik memberitahu hal yang sebaliknya. Wang yang dibayar kepada artis luar negara tersebut adalah daripada sumber/dana kerajaan sndiri. Kalau 2000-3000 ringgit mungkin boleh dimaafkan lagi, tetapi bayaran kepada kumpulan artis berikut dibayar dengan harga berjuta-juta! Adakah ini munasabah?! Tidak semua golongan rakyat yang 'layan' rentak/fenomena artis tersebut. Masih ramai lagi artis tempatan yang berhak dipanggil dan dibayar dengan harga yang berpatutan. Tapi kenapa mereka??

Adakah artis di tanah air kita sentiasa berada dalam status 'LOWERED' ataupun mereka tidak mempunyai fenomena seperti artis luar tersebut?? Sudahlah mereka menayangkan aurat secara terbuka, ditambahkan lagi dengan dosa yang melihatnya. 




Berbalik kepada soal kenaikkan yang bermacam-macam tadi.. Elektrik, Tambang Kenderaan,Minyak Kenderaan, Minyak Masak, Gula, Tepung, dan mungkin juga saya menjangkakan TARIF AIR akan dinaikkan. Saya bukannya penganilisis ekonomi, tetapi saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman hidup. Ya, memang gaji pada setiap tahun dinaikkan, tetapi pernahkah pihak atasan memikirkan kenaikkan tersebut mencukupi dan dapat menampung kos sara hidup sekarang?? gaji naik, tapi keperluan asas juga pon naik..adakah ini dapat memberi sebarang makna yang baik kepada seluruh rakyat?? bagi saya..TIADA MAKNYA GAJI DINAIKKAN JIKA KEPERLUAN LAIN TURUT DINAIKKAN.. 

Duit yang didapati melalui hasil titik peluh sendiri tidak dapat ditabungkan untuk keperluan masa hadapan. Ini dibuktikan sendiri dengan Khairy Jamaludin (ADUN Rembau/Menteri Belia dan Sukan) yang mana beliau menyatakan sebanyak 75% golongan muda di bandar tidak dapat menyimpan se sen pun apabila sampai di hujung bulan. Maknanya di sini keperluan di bandar terlampau tinggi dan sangat mendesak. Apakah penyelsaian yang sepatutnya dilakukan??

Kepada seluruh ibu bapa, anda harus mengetahui bahawa harapan anda untuk anak-anak anda mengirimkan wang dari bandar pada hari ini dan masa akan datang amatlah tipis sekali. Ini kerana mereka bukan sahaja bekerja pada satu-satu organisasi, tetapi mereka sebenarnya melakukan pelbagai pekerjaan semata-mata untuk mencari wang untuk diberi kepada anda. Nak dibandingkan dengan gaji yang mereka perolehi, jauh sekali mecukupi untuk menampung perbelanjaan di bandar. Mungkin ada ibu bapa yang masih tidak mengetahui bahawa sebahagian besar anak-anak mereka yang bekerja di bandar bekerja hampir 24jam setiap hari. Walaupun anda tidak mengharapkan anak-anak untuk mengirimkan wang, tetapi kami di pihak golongan muda tidak pernah menganggap ianya suatu bebanan. Memberi wang/sagu hati kepada ibu bapa pada tiap-tiap bulan adalah menjadi perkara wajib bagi kami. Apalah sangat duit tersebut jika hendak dibandingkan dengan kesusahan  ibu melahirkan kami dan ayah yang sentiasa bertungkus lumus dalam membesarkan kami? Ibu dan ayah janganlah risau, duit boleh dicari..kasih sayang dan jasa ibu bapa adalah melebihi segala-galanya di dunia ini.

Peningkatan Kos sara hidup ini juga banyak berkait rapat dengan pembangunan sosial di negara ini. Umum kita ketahui bahawa perkembangan sosial masyarakat di negara ini semakin hari semakin merosot.. Hal ini dibuktikan lagi dengan golongan muda yang banyak mencemarkan bukan sahaja imej keluarga, malah juga agama dan negara ini sendiri. Tumpuan lebih diutamakan kepada kaum muda wanita. Sekian hari kita semua ditunjukkan ramai kelibat anak-anak dara ditangkap khalwat, menagih dadah, menjadi pelacur/GRO, meragut di ruangan-ruangan media. Apa nak jadi dengan mereka pada hari ini? Perempuan pon boleh macam lelaki..memang boleh, tapi boleh yang tak kena pada tempatnya. Mungkin anda yang berada di desa jarang mengetahui kes perempuan meragut ini suatu yang jarang didengari dan berbunyi seperti dangkal. Tetapi tidak bagi masyarakat di bandar-bandar. Ini merupakan suatu kebiasaan! Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka 100%, kerana mereka lakukan perkara tersebut ada sebabnya.

Agak-agaknya apa yang kita fikirkan? Mengapa mereka sanggup melakukan perkara sedemikian?? Kalau KEWANGAN mereka cukup, adakah mereka ingin melakukan perkara jijik itu? Ya, mungkin mereka mempunyai ILMU, tetapi jika keadaan terlampau mendesak, adakah ILMU berada di aras yang tertinggi pada pemikiran mereka? Kami golongan muda bukan mengejar sangat kewangan, tetapi pihak yang berwajib haruslah sesuaikan serta sentiasa mengambil berat terhadap apa yang dialami oleh golongan seperti kami ini bersesuaian dengan keadaan semasa dunia hari ini. Perbanyakkanlah penyebaran berbentuk keilmuan kepada seluruh warga Malaysia. Bantulah kpd yang memerlukan dan bukannya menghabiskan wang negara kepada orang luar.




Terima Kasih dan ikhlas daripada DJ Kay sendiri kepada pihak yang berkenaan.

SEJARAH KOMPANG+PENGENALAN


BAHAGIAN LUAR


BAHAGIAN DALAM

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.

Hasil usaha mengcopy and paste dari blog OTAI TEKNIK PERMAINAN KOMPANG

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. 

Wednesday, 11 December 2013

PALUAN KOMPANG

SAKSIKANLAH VIDEO PALUAN KOMPANG. SETAKAT NI FOLLOWERSNYA MENCAPAI 130 RIBU.

http://www.youtube.com/watch?v=h8TGRzuMDeo

SIAPAKAH YANG PALING LAYAK MEMENANGI ANUGERAH PEMAIN TERBAIK DUNIA?

SALAM'ALAIK SEMUA...

 JOM KITA BINCANGKAN MENGENAI SIAPAKAH YANG PALING LAYAK MEMENANGI ANUGERAH PEMAIN BOLA SEPAK TERBAIK TAHUN 2013??


ANTARA CALON-CALON YANG DISENARAI PENDEK IALAH :


1.  Sergio Agüero (Argentina, Manchester City FC); 
2.  Mario Balotelli (Italy, Manchester City FC/AC Milan); 
3.  Edinson Cavani (Uruguay, SSC Napoli/Paris Saint-Germain FC); 
4.  Diego Costa (Spain, Club Atlético de Madrid); 
5.  Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid CF); 
6.  Didier Drogba (Côte d’Ivoire, Shanghai Shenhua FC/Galatasaray SK); 
7.  Radamel Falcao (Colombia, Club Atlético de Madrid/AS Monaco FC); 
8.  Zlatan Ibrahimovic (Sweden, Paris Saint-Germain FC); 
9.  Robert Lewandowski (Poland, Borussia Dortmund); 
10   .Mario Mandžukić (Croatia, FC Bayern München); 
11.  Lionel Messi (Argentina, FC Barcelona); 12.Neymar (Brazil, Santos FC/FC Barcelona); 
13.  Wayne Rooney (England, Manchester United FC);
14.  Luis Suárez (Uruguay, Liverpool FC); 15.Robin van Persie (Netherlands, Manchester United FC).

JADI, MACAM BIASALAH KAN...FAVOURITE CIKGU KHIR PASTINYA LIONEL MESSI..HEHEHE..TAPI RASA-RASANYA MACAM RONALDO JE YANG AKAN DAPAT BALLON d'OR JE TAHUN NI..HMMM..APE2 PON KITA TUNGGU DAN LIHAT.. YANG PASTINYA KITA TAK RUGI SEBAB KITA BOLEH TIRU BAKAT2 SERTA SKILL YANG TERDAPAT PADA PLAYER YANG TERKENAL INI..HEHE

PEMINAT-PEMINAT SUKAN TANAH AIR...

ANDA BOLEH MENDAPATKAN INFO-INFO SEMASA SUKAN TANAH AIR SAMA ADA DALAM MAHUPUN LUAR NEGARA.


   TEMPATAN :

1. http://www.utusan.com.my/utusan/mSukan

2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan

3. http://www.hmetro.com.my/myMetro/Section/index_html?section=Arena

4. http://www.sinarharian.com.my/sukan

5.  http://www.bharian.com.my/bharian/Section/seksyen?section=Sukan

LUAR NEGARA / ANTARABANGSA

1. http://www.bbc.com/sport/0/

2. http://www.premierleague.com/en-gb.html - EPL / ENGLISH PRIMIER LEAGUE

3. http://edition.cnn.com/SPORT/ - CNN SPORTS

4.  http://www.fifa.com/ - BOLA SEPAK /

Fédération Internationale de Football Association (FIFA) 


5. http://www.fih.ch/en/home - HOKI / HOCKEY /

International Hockey Federation


6. http://www.fivb.org/ - BOLA TAMPAR / VOLLEYBALL 

7.  http://www.sepaktakraw.org/ - SEPAK TAKRAW

8. http://www.iaaf.org/home - OLAHRAGA

International Association of Athletics Federations


SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB YANG DIPAPARKAN... YEAH!
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.


Saturday, 7 December 2013

BENDA PELIK DAN BARANG PELIK

SAYA JUGA ADA MENJUAL KAYU-KAYU PELIK / BARANG PELIK / BENDA PELIK YANG SAYA CARI SENDIRI DI DALAM HUTAN DI SEKITAR SEMENANJUNG MALAYSIA.

ADA BANYAK JENIS ... KEPADA YANG BERMINAT, SILA RUJUK KAT BAWAH NI.. HEHE

1.


KEPALA BURUNG/AYAM
RM 100.00
2.



GAJAH KUDUNG
RM 350.00

3.


ANAK KUCING BARU LAHIR
RM 170.00

4. 


IKAN BELANGKAS
RM 250.00
5. 


AYAM SERAMA
RM 365.00

6.


SENDI KAKI LEMBU
RM 80.00
7.  


KEPALA KUDA LAUT
RM 299.00
8. 


KEPALA KUDA LAUT + KAYU HANYUT
RM 350

9.


BELIKAT GORILLA
RM 200.00
10.


BADAK PURBA
RM 200.00

*NOTA : SEMUA BARANG YANG DIPAMERKAN MASIH LAGI ASLI DAN TIDAK DISYELEK/DISAPU PEWARNA BAGI MEMASTIKAN KEASLIANNYA.

JADI, JIKA ANDA BERMINAT...APA TUNGGU LAGI... HUBUNGI SAYA SEGERA!
014-6343463
016-6820807
014-5063482
( CIKGU KHIR@ DJ KAY )