PENGACARA MAJLIS ANDA

PENGACARA MAJLIS ANDA

Saturday 15 February 2014

Perbelanjaan dan Persediaan Perkahwinan

Perbelanjaan Perkahwinan

Assalamualaikum semua bakal-bakal pengantin!


Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. 



Kalau takde duit atau tak cukup duit, Macam mana nak kahwin??



So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah, kita sebagai pengantin hendaklah menabung seawal yang mungkin. Supaya kita tidak akan berhutang kemudian hari............



Selain tu, semua bakal pengantin mestilah membuat anggaran perbelanjaan perkahwinan itu nanti...



So, berikut adalah kos kos yang mungkin timbul sepanjang persiapan majlis tu



Kos # 1 - Maskahwin


Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. 



Kos # 2 - Duit Hantaran.


Standard zaman sekarang around RM 8 000 - RM15 000. Itu memang standart. Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri. Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan. Biasanya pihak perempuan akan minta duit hantaran lebih awal untuk membeli pelbagai barangan awalan seperti set kamar tidur, goodiest(cenderahati), kad jemputan kahwin dan lain-lain hal lagi. Misalnya katakanlah hantaran tu RM10 000, berkemungkinan pihak perempuan akan minta separuh daripada jumlah wang tersebut, dan boleh jadi juga akan minta keseluruhan wang tersebut. Jadi, pihak lelaki tidak perlu membawa wang hantaran semasa hari pernikahan ataupun persandingan.



Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.


Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah. Sediakan lah sekitar       RM 1 500 sehingga Rm5 000. Belilah barang kemas bersandarkan kepada kemampuan anda dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Bakal isteri pula janganlah berasa serba salah disebabkan bakal suami anda memberi anda emas yang tidak mahal nilainya. Tetapi yang pastinya, pihak lelaki akan berusaha sekurang-kurangnya akan menyediakan emas untuk anda yang harganya ribuan ringgit. Itu sudah pasti. Pihak perempuan juga harus ingat, suami juga akan menghadiahkan anda emas disertakan dengan kasih sayang selepas beberapa bulan, tahun selepas anda berkahwin. Time suami dapat bonus KASI BODEK LA SAME DIE.....hehehe



Kos # 4 - Barang hantaran lain


Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard la tu. Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop. Sediakan juga sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.





Kos # 5 - Baju nikah


Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri. Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.RM 200 - RM 600. Tetapi bagi saya, saya dan isteri dahulu buat tempahan aje. Belikan kain ela untuk BERTUNANG, NIKAH, dan BERSANDING (sepasang) pun dah cukup. Zaman sekarang ni semua pengantin buat majlis nikah pada waktu pagi, tengahari bersanding. Tidak seperti zaman dahulu yang mana waktu pagi sehinggalah menjelang ke tangahari, pihak pengantin perempuan sibuk menggayakan busana pengantin yang berpasang-pasang semata-mata untuk ditayangkan kepada hadirin yang berada di perkarangan majlis. Maka sudah tentulah beribu-ribu wang perbelanjaan akan HANGUS kat situ. SETUJU?Zaman sekarang dah tak perlu semua tu. Dalam Islam pun tak menggalakkan kita untuk menunjuk2, menayang2 kecantikan dan tubuh badan kepada khalayak ramai. So, kat situ kita akan dapat jimat banyak kos perbelanjaan. buaknnya apa, kita ni datangnya bukan daripada orang yang senang bukan?



Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin


Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.







Kos # 7 - Mekap


Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500. Tetapi kalau anda rasa boleh jimat, anda upah aje sedara atau kawan-kawan yang mempunyai bakat ataupun kemahiran solek-menyolek ni. Rasa-rasanya, ramai kot yang ada bakat ni. Bukannya apa, kadang-kadang tukang solek/mak andam ni KEBANYAKANNYA akan mekap terlalu TEABL sehingga boleh dikatakan seperti MEKAP 8 INCI TEBAL. Muka kita bukan seperti periuk untuk DITACAP seperti tepung kurma kan? Mekap simple lebih cantik daripada mekap yang dikatakan VOUGE sangat tu.

Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan. RM 500 - RM 1000. Tapi zaman sekarang, kebiasaannya ada yang mencecah ribuan ringgit. Itu memang dah menjadi kebiasaan. Jadi, bagi anda bakal pengantin yang sentiasa mengamalkan konsep bersederhana tapi bukan kedekut, set pelamin ni biasanya pihak perempuan sahaja yang akan cuba menyediakannya. Manakala majlis pihak lelaki pula rasa-rasanya lebih sesuai diadakan Majlis makan beradab selepas sahaja paluan kompang/silat/tarian tamat. Masa tu anda tak perlu risau, DJ akan cuba cover suasana supaya tak ada GAP ataupun masa yang sunyi iaitu selepas paluan kompang/silat/tarian tamat.




Kos # 9 - Jurugambar


Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ? Jurugambar ni sebenarnya agak penting sebab di situlah kita akan melihat kembali kenangan-kenangan sebelum dan semasa kita selesai melaksanakan majlis akad nikah dan perkahwinan. Ada macam-macam gaya yang akan anda lakukan atas arahan THE PHOTOGRAPHER nanti. jadi, perlu bijak memilih jurugambrlah ye oleh sebab kadang-kadang ade  jurugambar yang macam tak ada kelas pon, iaitu jurugambar yang suka mengEDIT terlalu banyak gambar. Gambar yang terlalu banyak diedit adalah gambar yang tak berkualiti dan jurugambarnya pon tak berkualiti.



Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi


Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 80-170.



Kos # 11 Kad Jemputan


Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak. Tapi biasanya ada juga company yang menawarkan harga serendah 30sen untuk kad jemputan lelaki dan perempuan ( 2 alamat). Anggaran kos adalah RM 300 - RM 1,500.

Tapi kalau nak murah lagi boleh tengok www.kadborong.my. jimat giler



Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah


Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.




Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan


Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 5,000




Kos # 13 Duit makan kenduri


Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 15 000. bagaimanapun ianya bergantung jugak kepada jumlah jemputan. makin ramai, makin mahallah kan. yang penting belanja ikut kemampuan bukan untuk menunjuk2 ataupun untuk tutupu mulut orang yang suka mengata. Ingat, buatlah sesuatu untuk mencari REDHA ALLAH dan bukannya berpaksikan mulut orang sekeliling.



Kos # 14 Bilik pengantin


Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.Yang kena beli semua, ingat murah ke?
RM 1,500 - RM 5,000.



Kos # 15 Doorgift


Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.



Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi


Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 50 - RM 500 sebagai jumlah minima.



Kos # 17 Contigency


Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

KOS # STANDBY

Dan, kos untuk kecemasan pula merupakan kos yang sangat2 wajib disediakan. bak senang kata, duit tu dipanggil DUIT STANDBY. Duit standby nilah kita akan gunakan semasa majlis berlangsung. Katakanlah air mineral, tisu, bahan-bahan masakan, upah perkhidmatan lain dah habis, so, mana kita nak CEKAU duit lagi? tak kan kita nak PAW mak ayah kita kan? Ini Majlis kita, kita yang sepatutnya prepare awal2. Bagaimanapun, dalam Islam mengatakan, kalau pihak PEREMPUAN, adalah 100% di bawah tanggungjawab ibu bapanya untuk menyelesaikan segala yang berkaitan dengan perkahwinan. Walaubagaimanapun, jika anak perempuan berkemampuan ataupun kasihan melihat duit ayah dan ibu habis digunakan untuk majlis anda, itu lebih digalakkan. Sekurang-kurangnya mereka masih ada lagi simpanan kalau-kalaulah mereka ingin berhajat untuk menunaikan haji atau umrah.



Anggaran kos ialah RM 1 000 - RM 2 000. lebih pun tak apa, digalakkan.



so, perkahwinan merupakan sunnah dan bukan perkara yang main-main. Perkahwinan juga bukan semata-mata anda untuk melampiaskan nafsu masing-masing. Perkahwinan juga adalah tangga untuk anda dan pasangan membina jambatan untuk ke syurga Allah. Perkahwinan adalah TANGGUNGJAWAB. 

jadi, jikalau anda mempunyai  sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi seperti talian yang tertera seperti di bawah. InsyaAllah, saya akan cuba membantu jika mempunyai keupayaan. 

Selamat pengantin baru daripada saya. - DJ KAY -

DJ KAY...TETAP DI HATI ANDA...

No comments: